Thursday 9 October 2008

attachment 1 - kudos PR government

Assalamuailaikum,Dear Wandering Troubadour, Salam Eidifitri,Maaf Zahir Batin,semuga riang ria hendaknya,Ramadhan yang penuh keberkatan,Syawal yg di tuntut supaya ziarah menziarah ,maaf bermaafan,serta byk kan sedekah. Amalan Agama Islam yg kita anuti mengajar kita supaya menjadi seorg muslim yg sempurna,bertakwa kpd Allah,sederhana dlm apa jua bidang yg kita lakukan. Islam juga menyuruh kita tolong menolong tak kira sesiapa pun.Kita jgn beranggapan apa saja yg kita perolihi adalah hak mutlak kita. Itu hanya kurniaan Allah yg diamanah kan utk kita nikmati bersama dan bersifat sementara.

Saya wandering !, Usrah pun sudah,belajar agama dgn ustaz pun sudah,ke mesjid dgr kupasan hadis pun sudah,dengar kupasan ayat-ayat quran pun sudah,sembayang pun tak pernah tinggal pun sudah. Ustaz memberi syarahan sampai berbueh mulut dan terkadang kala sampai naik binggit telinga kita mendengar herdikkan ustaz-ustaz pun sudah, namun org kita tak pernah faham dan malah kdg-kdg hanya buat tak faham je. Ini terjadi bukan kerana kita saja org melayu Islam tapi pak arab yg Islam pun sama juga serta bangsa lain .Dah lah kaya-raya , tapi tak ingat insan seislam. I am wandering.... tourburdour.... Wahai para sahabat ,rakan2 taulan,Sila Renung-renungkan lah kisah benar yg diceritakan olih hamba Allah kepada saya.***

Cerita kwn saya begini..... Saya tinggal di pinggir KL, tak mempunyai pekerjaan dah 8tahun ,tak ada pendapatan langsung, nak cari makan terpaksa meminta-minta dari kawan-kawn yg sudi menolong. Apabila bulan puasa tiba kami sekeluarga hanya sekadar makan-minum ala kadar saja, munkin ini dugaan Allah kpd kami sekeluarga kami redha dah pasrah. Faham-faham je lah berbuka puasa dibulan ramadhan. Maka apa bila dua minggu lagi menjelang syawal,keluarga-keluarga lain sibuk membeli bajuraya,kueh raya ,rumah raya,kereta raya dll raya,kami hanya sekadar melihat sahaja. Alhamdulilah anak-anak kesemuanya 5org tidak sedikit pun bertanya hal-hal nak raya, seolah-olah memahami permasalah kewangan kami.

Baginda Rasulullah s.a.w menerangkan golongan yang dikatakan fakir miskin, seperti dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a, maksudnya:"Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta-minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat satu atau dua suap makanan atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma - ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Se benarnya orang-orang miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang men cukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan." (Hadis sahih, riwayat Imam Ahmad).

Saya teringat pesan kawan-kawan saya minta saya cuba mohon bantuan dpd kerajaan yg memerintah ,maka saya pun cuba lah menghantar email kpd YAB T.S MB sel dan cc Adun Nik Nazmi,walaupun saya tak berapa yakin dan mengharapkan sgt kerana sebelum ini saya telah pun meminta dan merayu bantuan daripada YAB DS Abdullah,YAB DS NAJIB,YB D. Shahril Samat,YB KJ,YB Ahmad zabidi dan beberapa ketua pengarah jabatan kerajaan respon yg saya dapat amat-amat menghampakan dan menyedih kan. Hanya satu auto respon dari YAB DS ABDULLAH yg lain-lain tak respon langsung. Bagi mereka seolah-olah saya menghantar email kpd mereka hanya main-main saja. Jika saya tak susah saya takkan nak menyusahkan Dato Sri ,TS YB,YB Dato2 pemerintah semua, saya faham para pemimpin semua sebuk, busy sebagai insan vvip. Saya amat hampa dan kecewa dgn sikap pemimpin yg hanya pandai berpura-pura kpd rakyat. Anda-anda ini pemerintah yg hanya mau kuasa dari rakyat tetapi keluhan dan rintihan rakyat langsung tidak diperdulikan. Kdg2 terasa kita rakyat diperbodohkan olih media cetak saja.

Apabila mereka hendakkan undi kita maka berbagai-bagai janji manis dan gula-gula yg ditaburkan. Apabila saja sumbangan kpd org-org yg memerlukan maka tersibar lah satu Malaya berita sensasi yg di sebarkan olih media yg bertanggungjawab kpd kerajaan pemerintah. Sikit saja bantuan yg diberi, ceritanya meluas. Inikah dikatakan pemimpin berjiwa rakyat poooraaah. Inikah amalan-amalan anda sebagai pemerintah lakukan yg hanya pandai berkata-kata dan berpura-pura??. Binggit telinga saya apabila mendengar para pemimpin berkata-kata * ya setiap rakyat kita akan bela dan tidak akan ditinggalkan. Kita tidak mau lihat rakyat miskin dan merana,ye keee. Malah setiap peruntukan adalah utk rakyat, ya betul --betul-betul ,hanya utk kocek sendiri mmg betul lah yaaa. ribuaan juta ringgit projek utk kepentingan rakyat*.

Setelah saya menghantar email kpd YAB MB selangor dan cc YB Nik, 4 hari saja email saya mendapat respon dri YB Nik wakil MB sel,beliau minta maklumat terperinci. Saya amat terharu ,gembira dan touch, bila terima respon, walaupun saya tak kenal siapa YB Nik atau MB akan tetapi rasa tanggungjawab dan rasa nak tolong rakyat itu yg membuat saya respect dan sanjung. Allah saja yg tau dan faham erti kegembiraan saya .3 hari kemudian saya terima satu call dari pejabat MB Selangor minta confirm butiran dan bertanya tempat tinggal saya dibawah adun mana. Dan 4 hari kemudian satu salinan dari pejabat MB sampai ,wakil DAP terus call nak jumpa saya pada 28ramdhan lepas. Apabila mereka dtg mereka terus bertanya kabar berita dan memberi sedikit bantuan.

Hari raya kedua mereka datang lagi dan petang mereka-mereka datang lagi mewakili persatuan cina. Salah seorg bertanya kpd saya ,kalau tak kerja dari mana saya cari duit nak makan, pd mula nya saya diam tetapi desakan nk tau juga maka saya pun cakap ada seorg manusia yg tiap bulan bagi sedikit duit utk makan-minum keluarga. Saya sebenarnya tak nak menyusahkan dia, Mereka geleng kepala,tiada bantuan dari kerajaan langsung?. Walaupun bantuan mereka tak seberapa tetapi banyak mengubat hati yg sunyi dipagi syawal. Rasa nak menitis air mata bila lihat kaum cina datang kerumah merayakan hari kebesaran kita . Bagi mereka ini ,tiada rea tape atau isi borang mohon bantuan ,tak ada pula nak check-check dan confirm-confirm .Bagi mereka yang penting hulurkan bantuan kpd yg memerlukan. Yang penting org susah dapat mereka tolong.

Cuba Mr.Wandering Troubadour fikir mereka-mereka ini semuanya org cina yang bukan nya agama Islam,tapi sikap kepihatinan dan respon serta sikap tak memilih siapa nak mereka tolong itu lah yang saya nak jelaskan. Kecewa ,malu dgn sikap kaum sendiri yg beragama Islam yg hanya pentingkan diri sendiri, penuh dgn syak wasangka ini lah membuatkan Melayu tak akan pergi jauh. Yang saya tak faham langsung agama kita Islam sendiri mengajar kita supaya beranggapkan setiap umat Islam adalah saudara seIslam mereka juga.

Yang saya wandering inikah caranya pemerintah kita berikan bantuan. Nampaknya, rayuan rakyat hanya dipandang sepi. Cuba en.wandering fikir betapa perihatinnya pemerintah negeri Selangor, mereka tak canang sana sini tolong rakyat tetapi merekalah yg sebenarnya pemimpin berjiwa rakyat.Isteri saya ada hantar satu sms kpd YB Dr Halimah pohon bantuan,YB dalam masa 4 hari membalas sms Isteri saya.What can I say. Ini lah yg dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pemimpin bolih dibawa berbincang dan pemimpin yg bolih membantu rakyat. Tak perlu nak bising-bising atau canang sana-sini. Omong-omong begini? sila lihat dibawah ini statement : “Barisan Nasional has to change to meet the aspirations of the people or be prepared for the people to change the coalition, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.“If we don’t have the courage to change then people will change us,” he said. the star-4/10/09 Bagaimana nak change jika kocek sendiri yg di pentingkan melebihi dari tanggungjawab membela rakyat .

Tak tumbuh Tak melata.Tak sungguh orang Tak kata !. Harap maklum.Saya akhiri email ini bagi pehak kawan saya ingin menyusun sepuluh jari ,mohon ampun dan maaf jika tersalah silap terkasar bahasa.Saya hanya manusia biasa,yg banyak buat silap.Terima kasih kerana membaca. TAJDID

2 comments:

OgHaE said...

Itulah problem ngan Melayu yang mengaku Islam - Islam setakat nama je. Yang sedihnye, even melayu2 yang berpelajaran tinggi, ke luar negeri pun hampes - masih berpikiran takat budak kampung yang tak gi sekolah.

Of course, in one hand kita ada so-called (I never consider any of them as one) pemimpin2 yang bercakap setakat untuk me'market'kan diri je. Personally I'm even more appalled with the attitude and thinking level of rakyat Malaysia terutamanya melayu2 yang membahasakan diri mereka sebagai Islam, tetapi masih lagi jumud dan buta dengan menyokong para2 so-called pemimpin2 tersebut.

Let's pray that the muslims of this country be shown the truth, the path etc so we can then help all those in need in our journey of strengthening our community and our country.

The emergence of even more blogs like this one by Wandering Troubodour will definitely help in the quest. As one of my friend said, there is definitely more than one RPK in our country now - see if they can stop us.

To WT: Keep it up, I'm enjoying reading your articles. Salam.

OgHaE said...

Forgot to put this in earlier:

According to the statistics issued by Amirsham in parliament, the percentage of Malaysian households with income of less than RM2k/mth is more than 30% (subsistence level in KL?)

Households earning less than RM3k/mth is more than 50%. PR calculated the minimum household income to cover necessities is at least RM2.7k/mth (before minyak naik).

On the other hand only a mere 1% of households have income of RM10k/mth or more......

Emmm...., prosperous country indeed.